"Small things" matters..

Dalam bercinta ni, ada banyak benda yang kita sedar dan tidak. Tapi, jika kita amati perlahan lahan, dalam bercinta ni sebenarnya bukan hadiah atau wang ringgit jadi ukuran, tetapi “small things” yang kita pernah buat untuk each other.

Memori kita takkan dapat serap jika wang ringgit dikeluarkan. Hadiah beg Chanel, kasit Gucci, tudung DuCK dan sebagainya, itu hanyalah ada rasa gembira waktu dapat.

Tapi tulah.. sekejap je. 5 minit kita happy.. Dan seterusnya, ia sama macam pakaian yang kita pakai setiap hari. Yang kita boleh buang bila kita benci.

Takkan sama dengan kenangan yang dicipta. Every “small things” dalam hubungan tu sangat berharga. Setiap suapan penuh kasih sayang, ketawa yang penuh ikhlas dan bahagia, berlarian di taman bersama sama, dan segala kenangan yang dibuat bersama. Mungkin kita berbeza.

Cuma antara semua perbezaan dalam bercinta, akan ada satu yang sama..

Iaitu memory untuk setiap “small things”

Orang tak faham “small things” tu apa.

Terkadang, usapan tangan dibelakang rambut juga boleh buat kita teringat ingat. Terkadang, tawa dalam kesusahan juga boleh buat kita teringat ingat. Terkadang, pegangan tangan yang penuh ketenangan ketika kita dalam keserabutan juga boleh buat minda kita cipta satu ruang memori yang kuat.

Kita takkan tersenyum hanya teringat seseorang memberikan kita hadiah yang mahal. Tidak.

Tapi kita mampu tersenyum dengan apa yang seseorang tu dah lakukan untuk kita.. Contohnya?

Mungkin.. dia pernah selimutkan kita ketika kita masih lagi tidur tidur ayam. Atau mungkin.. dia bukakan kasut kita ketika kita tidur..

Sentuhan kasih sayang tu lebih bermakna daripada hadiah yang mahal.

“Small thing” tu besar dalam hubungan. Cuma kita yang tak sedar. Atau mungkin, kita tak mahu ambil tahu?

Comments

Popular posts from this blog

Berapa lama ambil masa untuk bercerai?

"SIS, EX GIRLFRIEND I DAH ADA BOYFRIEND BARU AND SHE SAID SHE'S HAPPY BUT WHY DIA STILL NAK CONTACT I??"