Hak Penjagaan dekat siapa sebenarnya??



Sebenarnya benda ni dah banyak kali orang tanya. Letih nak cerita one by one. Tapi dalam masa yang sama, memang nak orang tahu juga. Bukan niat tak baik.. Tapi lebih pada educate kawan kawan yang senasib. Mana tahu dengan apa i share ni, ada para lelaki yang lembut hati dan cerah pemikiran dia selepas ni. Who knows kan??

First step i keluar rumah, i terus buat report & sign wakalah. Waktu tu memang i dah ada contact lawyer. Everything was planned. Siapa kenal i, dia tahu i sangat well-prepared & well-planned. I dah siapkan plan A,B & C.

Benda pertama i fikir lepas keluar rumah, adalah untuk file kan hak penjagaan anak i.

Kenapa i sampai kena file kan hak penjagaan? Ada je pasangan yang tak perlu pun. Overnya Ayu Aziz ni!!

But the truth is here...

 I minta cerai secara baik dan damai. I siap cakap, i nak anak dijaga sama sama. But then pihak sana didn't agree & something else happened. It's too public to share.

So, short story, I decided untuk file kan Hadanah (Hak penjagaan anak) dengan satu je niat..

Nak dapat keadilan untuk anak i.

I dapat hak penjagaan penuh & my ex dapat hak lawatan.

So apa beza hak penjagaan penuh & hak lawatan ni??

Hak penjagaan penuh ialah dimana, i boleh jaga anak i dari A-Z. Dia hidup dengan i.. Dia sepenuhnya dengan i. Membesar, dijaga & segalanya, dengan i. I berkuasa dan berhak untuk cakap yes or no dalam apa sahaja yang melibatkan anak i. Senang kata, most of the things, i yang boleh tentukan as long as it's for his own good. Kalau misalkata ex i ambil anak i, i boleh lodge police report & ex i boleh masuk penjara serta merta. I have that pass..

Hak lawatan pula ialah dimana, my ex hanya boleh buat lawatan sahaja. Dia kena ikut apa i tetapkan. Kalau masa yang dia nak tu tak sesuai dengan keadaan anak i, he can't demand.

Dan berdasarkan niat i sebelum cerai, i memang taknak pun pisahkan anak i dengan ex i.. Jauh sangat nak pisahkan.. Dulu waktu dalam marriage pun, i masih ingat, i duduk dekat dapur i pegang tangan my ex, and said...

"Abang.. Saya memang nak cerai.. Sebab saya dah tak boleh tahan.. Tapi, tolong janji dengan saya.. Even kita cerai nanti pun, kita kena janji jaga anak ni sama sama. Kita cuma ada anak ni je bukti kita pernah bahagia.. Dia tak salah"

I kotakan janji i....

Sebab tu i buat hak penjagaan ni.

: Tapi kalau you nak kotakan janji, you tak perlu kot buat hak penjagaan. Apa nak takut sangat?

There's an untold story. Kenapa i buat? Sebab orang takut i tak kotakan janji. I didn't blame him. I promised I will never leave him.. But unfortunately, I did. So of course he was paranoid i akan bawa lari anak.... I didn't blame him.. I faham.

I cuba letak diri i kat tempat dia. He was having a very high trust issue level.. Or maybe, he is still?? Tapi dia yang i kenal dulu, itulah dia..

So for the sake of a father & a son, i did it.

Untuk keselamatan i juga, hak penjagaan tu banyak bela nasib i.. Alhamdulillah..

Ada banyak benda yang orang cuba nak tindas i.. Tapi asbab hak penjagaan yang i buat, everything is easier.

Sekarang ni, I buat jadual untuk anak i..

Actually dah lama pun. I dapat je hak penjagaan, i terus buat jadual.

Sepanjang kes berlangsung, ex i dapat hak lawatan yang dimana dia kena datang ke rumah untuk jumpa anak i. Itu je limit dia..

Sampai dah finally dapat, I decided untuk buat jadual. I letakkan my ex untuk dapat hak bermalam..

Jadual kitorang ada pelbagai variasi. Ada jadual cuti sekolah, cuti public, harian, waktu sekolah, sebelum sekolah.. Banyak..

Tapi semuanya atas dasar hati untuk bertolak ansur atau untuk pentingkan diri sendiri.

Sekarang our turn are like : Setiap minggu anak i akan bermalam dengan ex husband i. Tiga hari dua malam. Selebihnya, i akan jaga.

Kenapa? Ayu tak takut ke? Kenapa buat macam tu? Tak fikir anak ke?

Asbab i fikirkan anak..... I buat macam ni.

Look. Yang bermasalah tu his parent. Me and my ex husband.. Itu je. Tapi between anak i dengan his father, his mother, tak ada apa apa masalah.

He didn't deserved any of our pain..

I nampak ramai anak penceraian yang bila parent dia being selfish pisahkan anak & parent, turns out anak diorang semua degil & ada je perangai pelik pelik. Diorang tak dapat kasih sayang dan perhatian secukupnya. Ramai cerita waktu kecil kecil kena ejek dengan kawan kawan takde bapak. Ada yang rasa down sebab tengok family orang lain happy tapi bukan dia..

I don't want to picture my son's future like that. NO! NEVER!

I tolak tepi semua pahit i rasa, i mengalah, berjumpa, dan uruskan anak i sama sama dengan ex husband i.

Even sometimes we both turns as a shitty-parent, i think so far 2 tahun ni kitorang dah buat yang terbaik! Even i DULU selalu merungut, dia pun selalu DULU nak bergaduh over small things, but then when it comes to our son, we did great!

Kitorang boleh ada kat situ as a team. Kadang banyak ketawa dari rasa nak marah.

I cerita sikit, I still remember waktu anak i demam panas. Jangkitan kuman. I marah pasal hospital yang dia provide. Dia pula marah pasal i tak jaga anak i baik baik. We both blame each other.. Haritu, bila anak i betul betul sakit sampai i takut anak i mati. I meraung dalam kereta waktu adik i ambil i dengan anak i. Hal kerja semua i tolak tepi. I texted my ex "saya dekat dekat sini je dengan Fatteh. Kalau Fatteh nak awak, datang terus".. For the sake of our son..

He did great. He keeps on asking about our son. We were there for him. We struggle. Kitorang gilir gilir.. I jaga anak, dia hantar anak pergi klinik. Well I wanted to go to the clinic together sebab i nak dengar juga apa Dr cakap.. Tapi i faham ex i dah kahwin.. He need to take care of his wife's feelings. I pun jaga hati ex wife dia juga bila macam tu. I am trying to understand & bertolak ansur.

I taknak jadi selfish pisahkan anak dengan bapa dia. Dalam umur dia macam ni, he needs both. Kasih sayang lelaki lain takkan sama macam rasa sayang dari his own blood. Real blood. Gantilah berapa ramai mak tiri, bapak tiri SEKALIPUN, rasa dia takkan pernah sama even sikit pun dengan mak bapak sendiri.

Tak kisahlah jahat mana kita ni sebagai mak bapak. Tak kisah! Selagi mana kasih sayang tu dibekalkan untuk anak, kita sendiri kena bagi peluang pada diri sendiri untuk sentiasa cuba beri yang terbaik pada anak kita. Bila kita ada anak, ia seolah buku baru yang kita belajar. Kita akan banyak belajar dari anak kita..

Yang paling penting, jangan dihasut anak tu untuk memilih. Contoh "Sayang ayah ke, sayang mak?" NO! Jangan timbulkan soalan yang kena buat dia rasa dia kena memilih....

Tapi terapkan anak tu dengan sayangkan ex kita.. Kita nak marah, jangan depan anak. Nak benci, jangan depan anak..

Alhamdulillah. I terapkan macam ni I nampak banyak hikmah..

Panjang nak cerita.. Nanti i cerita apa hikmah yang i dapat.

Apa apa pun, nak buat sesuatu mulakan dengan niat yang baik. Bila niat baik, semuanya dipermudahkan dan dapat berkat tu.

Comments

  1. Hi ayu, how do i can contact u? I suka cara u handle your problem. I suka baca u punya writings sbb even u jauh lagi muda dari i tp u seems more mature than me. Are you ok if i ingin bertanya pandangan dari u? Actually dh lama gila i rasa nk contact u but this time baru berani .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Berapa lama ambil masa untuk bercerai?

"SIS, EX GIRLFRIEND I DAH ADA BOYFRIEND BARU AND SHE SAID SHE'S HAPPY BUT WHY DIA STILL NAK CONTACT I??"

"Small things" matters..