Berapa lama ambil masa untuk bercerai?




Assalamualaikum..

Hi girls! Rasa macam dah lama aku tak membebel dalam ni. 

Sejak sejak ni banyak benda berlaku dalam hidup aku. Terlalu banyak!

I know that it’s been almost 3 years now.. But still, I update this for those who needs it. 

Okaylah, jom cerita cerita sikit. 

Baru baru ni, ada kawan aku ada masalah rumahtangga. Which is leading to divorcing process. And of course aku menjadi tunggak utama untuk beliau berpaut bahu bertanya dan mencari jalan yang betul. 

Keadaan jadi teruk bila aku ada suggestkan beberapa cara untuk dia yakin dan pasti dengan tindakan dia. 

Dipendekkan cerita, banyak bukti dan segala benda kawan aku ni jumpa dan buat kawan aku semakin nekad nak bercerai. 

Aku tak adalah sokong sepenuhnya. Sebagai kawan, aku cuma kata..

“Apa pun keputusan kau, aku tetap akan sokong dan tolong!”

Dulu, waktu aku nak bercerai, aku dikelilingi kawan kawan yang sebulat suara nak juga aku cerai. Bila aku tarik handbrake untuk reverse, kawan kawan aku tinggalkan aku sendiri hadap hidup aku sendiri. 

Aku stress. Aku murung. Aku kecewa. 

So, aku janji aku takkan buat benda ni dekat siapa siapa. Aku janji akan ada dengan sesiapa yang perlukan aku sampai diorang kuat nak berdiri semula. 

Dipendekkan cerita, aku nak share benda ni dekat korang semua. 

Supaya untuk wanita, biar korang ada well plan. 

Supaya untuk lelaki, biar korang berubah dan menghargai. 

Aku tahu ramai lelaki tak guna takut bila bini diorang kawan dengan aku. 

Tapi tu lah, ramai lelaki yang baik baik suruh bini diorang rapat lekat habis dengan aku. 

Don’t let me judge you okay!

***********

Aku ambil masa SETAHUN untuk plan semua. Aku ingat lagi aku nekad nak cerai waktu tu bila aku pregnant 2 bulan. 

Aku nekad demi masa depan anak. Dan aku nekad demi masa depan aku. 

So waktu aku ‘dikurung’, aku keluarkan semua kertas dan pen yang ada dekat rumah. Aku list down semua benda yang aku ada dan yang aku plan. 

Itulah titik pertama aku bersungguh sungguh cari kerja yang lebih menjamin. 

Itulah titik pertama aku berhenti menangis. 

Itulah titik pertama aku waraskan minda dan hati. 

 1. Cari kerja

Waktu tu aku suri rumah. Aku baru lepas berhenti kerja sebagai retailer sebab aku nak ajar sikit ex husband aku untuk jadi orang yang bertanggungjawab. 

Tapi bila aku plan nak cerai, buat apa nak diajar lagi? Aku pun terus buka semua laman web untuk cari kerja. Tup tup kebetulan kawan aku call untuk interview kerja sebagai Tenaga Pengajar (Cikgu Kemahiran) dekat satu company. 

 2. Kira kira

Aku buat budget plan untuk kira kira berapa RM setiap bulan aku kena spend untuk aku dan anak, living cost aku dan berapa aku kena simpan untuk buka fail penceraian. 

 3. Cari info semaksima mungkin

Aku buka google dan segala galanya untuk cari maklumat penceraian. 

Waktu ni, aku tak ada kawan. Semua aku buat sendiri. Aku google hukum hakam agama. Aku google apa yang boleh dan tak boleh buat. Aku google apa yang aku kena elak untuk elak dari ada masalah akan datang. 

Aku susun satu persatu sampai ke hak anak dan nafkah anak. 

Aku cari tahu ada berapa jenis penceraian dan apa yang sesuai. 

 4. Aku kumpul bukti

Segala bukti kena pukul, police report dan hospital report semua aku simpan dengan rapi. Ada bukti bergambar aku send pada kawan aku supaya dia simpan. Ada bukti report aku simpan sendiri dengan rapi sebab ex husband aku bukan jenis duduk rumah. 

Aku pun kumpul juga bukti kemampuan segala benda. Apa yang ex husband minta aku tanggung. Apa yang tidak. 

Setiap inci kesalahan aku take note. 

Kejam. Betul. Kejam. 

Aku kena jadi kejam untuk kebaikan diri aku. 

 5. Cari contact number lawyer sebanyak mungkin 

Aku cari semua contact number lawyer yang TERBAIK dalam daerah aku. Aku simpan rapi. 


*********

Dan hari yang ditunggu tunggu tu tiba..

Semua plan aku tersusun rapi. Fail aku complete. Kerja lawyer senang sangat. Tinggal utarakan je benda tu dekat mahkamah. Sebab apa??

Sebab aku well-planned. Lawyer sampai impressive denga kerja aku yang ‘perfectionist’. 

SETAHUN aku kumpul semua tu dalam diam. 

Setiap kali gaduh, aku dah tak menangis. Hati aku dah keras macam batu. Aku dah tak lembik. Aku dah tak bertanya. Aku biarkan..

Nak keluar malam, balik pagi.. Pergilah. 
Nak gaduh sampai kena pukul.. Buatlah.
Nak kurung dekat rumah kunci semua pintu.. Buatlah. 

Dan lelaki, kau kena tahu bila isteri dah dekat sini, kau ada dimana. 

It’s too late then. 

I make it short. Aku malas nak cerita details. 

Untuk penceraian, aku tuntut Fasakh. Dengan segala bukti yang aku ada, police report and hospital report yang aku ada, lawyer dan aku sendiri yakin semuanya akan settle. 

Selepas aku failkan, dalam masa setahun aku digantung tak bertali. Naik turun mahkamah. Aku tak putus asa. Itu adalah proses yang normal sepanjang nak bercerai. 

Sebab fasakh akan ada maklum balas. Dia akan berbalas dan berlawan. 

Dan untuk korang, it’s normal. Don’t worry. Don’t give up. 

Aku berjaya bercerai selepas setahun digantung tak bertali. 

Aku berjaya dapatkan hak penjagaan anak SEPENUHNYA selepas sebulan keluar rumah. Ada beberapa sebab dan punca kenapa aku boleh dapat. 

Terlalu umum untuk aku kongsi. Tapi! Kalau kau sebagai ibu, gunakan kuasa kau sebagai ibu semaksima mungkin. 

Selagi anak bersusukan badan, bekalkan secukupnya. Mahkamah takkan pisahkan anak dengan ibu yang menyusu. 

Sebab tu... aku rasa dan berpendapat, cerai yang mudah ialah ketika anak tu kecil. 

Dan bukan hanya berjaya untuk bercerai, berjaya dapatkan hak penjagaan, tetapi aku juga berjaya dapatkan nafkah sebulat suara dengan syarat yang sekian sekian. 

Lagi sekali, macam mana aku berjaya dapatkan nafkah sekian sekian? Sebab...

I’m a well prepared. 

Aku berjaya keluarkan semua bukti. 

Dan baru baru ni, aku menang lagi kes tuntutan hutang. Macam mana?

Lagi sekali.. I’m a well prepared. 

Aku bukan someone yang suka ambil tahu hal orang. Orang yang rapat tahu aku paling menyampah nak ambil tahu hal orang. 

Tapi, kalau aku ambil tahu. Kau kena takut. 

Sebab setiap apa aku ambil tahu, ada sebab. 

Aku stalk dalam diam, aku biarkan orang semua bersuka ria, aku stay down and stay low. Orang nampak aku dah kalah. Orang nampak aku loser. 

Aku senyum. 

Orang gelakkan aku apa ni loser lagi stalk ex husband (waktu tu). Tapi tak. Orang tak tahu. I have a big plan for you. 

Dan alhamdulillah. For the 4th times, I won. 

Aku nak nasihatkan korang sebagai wanita. Nak buat apa apa, ketepikan emosi. 

Kena matikan emosi kau, baru kau boleh fikir apa yang terbaik untuk diri kau. 

Kalau kau fikir masih ada harapan untuk selamatkan perkahwinan, SELAMATKAN! Usaha sehabis baik! Betulkan semua kesilapan. 

Tapi, andaikata sakit itu melebihi bahagia, JANGAN KORBANKAN DIRI SENDIRI. 

Sebab apa? 

KAU LAYAK BAHAGIA. 

Aku harap membantu serba sedikit. Next time aku update lagi pasal ni kalau ada permintaan tinggi. 

Boleh drop comment dekat bawah supaya aku tahu. 

Comments

Popular posts from this blog

"SIS, EX GIRLFRIEND I DAH ADA BOYFRIEND BARU AND SHE SAID SHE'S HAPPY BUT WHY DIA STILL NAK CONTACT I??"

"Small things" matters..